vruz_14

October 5th, 2008

pantun suka2 dari aku…

Posted by vruz-14 in Uncategorized
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama ngn kucing belang,
Bila hatiku dah dicuri,
Hanya dirimu yang ku julang.
 
Buah berangan di bawa belayar,
Kapal mudik ke muara,
Bila hati sudah tegar,
Rasa rindu dan sayang mula bersuara.
 
Pergi ke tanjung singgah berehat,
Berehat sebentar melihat perahu,
Luka di tangan boleh dilihat,
Tapi luka di hati tidak siapa yang tahu.
 
Muka berparut kena campak,
Ubati dengan bedak sejuk,
Pilu di hati tak siapa nampak,
Orang kita sayang selalu buat kita merajuk.
 
Hasil nukilan Fairuz aka Armando Ruiz.
June 2nd, 2008

Dalam Kehidupan!!!

Posted by vruz-14 in Uncategorized

Dalam kehidupan kita, Allah swt akan bagi kita satu sahaja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita…

Sekiranya kita terleka, kita akan kehilangannya buat selama-lamanya…

Tapi kita tidak pernah sedar dan dan mcuba untuk menilai kehadirannya…

Mungkin setelah segalanya berlalu dan kita sudah pun kehilangannya…

Masa itulah baru kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna…

Tapi mungkin kita tidak berpeluang lagi untuk memiliki dirinya pada saat itu lah
"Jadi fahamilah hati seseorang itu dengan sedalamnya dan curahkan rasa kasih sayang kepadanya dengan seikhlas hatimu"…

HASIL NUKILAN YUHANIS…@);=—–

May 22nd, 2008

Adakalanya…

Posted by vruz-14 in Uncategorized

Sebuah coretan khas untuk semua…adakalanya…

Adakalanya kita perlu menangis supaya kita sedar hidup ini bukan sekadar untuk bergembira sahaja…

Adakalanya pula kita perlu bergembira supaya kita sedar betapa mahalnya harga setitis air mata…

dan adakalanya juga kita perlu menghargai apa yang ada di hadapan mata…

Kerana apabila  kita kehilangannya saat itu barulah kita sedar betapa ia amat bermakna buat diri kita…

>>>

Dan mungkin juga kita sudah terlambat pada tika itu…

Sebuah coretan daripada Gadis bernama YUHANIS…@);=—–

April 26th, 2008

Lelaki yg Berkarisma dan Simbolik

Posted by vruz-14 in Uncategorized
Lelaki yg simbolik dan berkarisma
adalah lelaki yg lebih suka mendiamkan diri daripada melawan musuh2 di luar yg xpnh puas hati dgn ape yg kita wat
so mcm ni la…kalau xpuas hati sgt
ni caranyer…amik kertas tu tulis kat kertas aku SAKIT HATI!!!
dan renyukkan kertas tu…rendam dalam air panas…then minum air tu
agak2 xleh gak..,korang hantuk kepala kat dinding…biar berkesan…sng je kan
so kalau xpuas hati nak watpe melawan diam je la…nak wat pe bising2
Lelaki yg simbolik…wpun die diam
xsemestinya die pengecut…dan die adalah laki yg sbenar…!!!
jadi renungkan lah selamat beramal!!!
April 25th, 2008

Mi Silencio @);=–AeroL–

Posted by vruz-14 in Uncategorized
My Silence doesnt mean dat Im afraid…
My Silence doesnt mean im a loser or i running of something…
My Silence is good to me and everyone…
My Silence is just ignorance of something bad happen and to protect myself from any miserable thing…
My Silence is to repair my broken heart..
My Silence is to make me forget all things…
My Silence is for myself, my future and for my side…
My Silence is for me to love myself and to change anything…
My Silence to make feel wonder and hope all miserable thing can disappear with time to time…
Hope my silences and hidden from all my buddies are MYSTERIOUS to everyone…!!!
Nobody can contact me for a while cos Ive done everythin to protect myself…
It Doesn’t mean dat I aM the Loser…!!!

Sincerely from me:

—–AeroL_5ivE—–

@);=—–
April 15th, 2008

Selamat Hari Hari Semua

Posted by vruz-14 in Uncategorized

Askum…slamat hari hari kepada smua…hari ni Dr Vruz xtau nak tulis apa hari ni…tp hari ni dr nak selitkan sedikit lawak2 yg nak kita kongsi kan bersama…renung2kanlah selamat beramal..aik mcm prof izi haji ali je haha

lawak 1:

tiket wayang
                         
                           
                              
                               
                               
                               
suatu pagi lan pegi tengok wayang. sesampai je kat kaunter pembayaran:
kaunter: bang, cite hari ni best la.
lan: cite apa bang.main tembak tembak ye.berape harga bang.
kaunter: RM10 je. tak mahal.ambik tiket ni.
lan: Sy tak nak bayar RM10.Saya bayar RM5 je.
kaunter: apsal plak!! kau ni dah melampau dah.
lan: abang tau tak. saya tak nak bayar RM10 sebab saya tengok dengan sebelah mata je. yang sebelah lagi buta.
Lan pun beredar lalu masuk ke panggung. abang kaunter pun tenganga je


lawak 2:

TIKET
                         
                           
                              
                               
                               
                               
Abu sedang beratur untuk membeli tiket bas.
KAUNTER : Mahu ke mana, encik?
ABU : Ipoh. Bas pukul 2 petang.
KAUNTER : Berapa orang?
(Abu memandang pada isterinya yang sedang mengandung 6 bulan)
ABU : Dua setengah orang!
KAUNTER: ???


lawak 3:

kipas

Ali first time naik k/terbang. Selepas 10 minit dalam k/terbang dia rasa panas lalu dia panggil pramugari
Ali: Cik, apsal dalam k/terbang ni panas?
Pramugari: Maaf la encik, enjin tak start lg.
Ali diam. Selepas 10 minit enjin dihidupkan Ali pandang ke luar tingkap n nampak terkejut. Dia pun panggil pramugari td
Ali: Cik, kalau mcm ni sampai bila pun tak sejuk.
Pramugari: Apsal encik ckp mcm tu?
Ali: Abis tu diorang pasang kipas kat luar mcm mana nak sejuk kat dalam…
Pramugari: ?????


lawak 4:

Seorang cikgu fizik…Pn Fong bertanya pada anak muridnya dalam kelas amali, dalam exam kamu nanti kamu nak guna apa bila nak meniru, pn fong ni agak baik lak nak bagi meniru, siap soh murid2 die melukis dalam exam haha…apela, cikgu fong hanya benarkan satu benda saje, ape agaknya???ermm

Murid 1: cikgu kalau saya nak pakai toyol boleh x?
Cikgu Fong: Oh saya xbenarkan kamu guna toyol, tu kurafatla, kamu kan orang Islam, jawapan kamu salah, jwpn lain(aik baiklak cikgu fong ni, die cina kan haha)

Murid 2: Kalau saya nak tgk buku boleh x?
Cikgu FOng: Oh xleh jugak…salah tu, Okla saya bagitau eh, jawapan die kamu guna la tiruskop, haha, maksudnyer kamu guna Tiru dgn gabungan teleskop haha…apela kamu ni..blaja fizik tp xleh fkr ke haha

Murid2 yang lain terpinga2 napela cikgu Fong mcm tuh haha…


lawak 5:

SURAT PUTUS CINTA
                         
                           
                              
                               
                               
                               
Tijah ingin break dengan boyfriend omputihnya melalui surat:
‘Hi, my motive to write this letter to give u know something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I saw u play wood 3 in front my eyes. So, i break connection to pull my body from this love. I have think about this very cook-cook. I know i clap one hand only. I don’t trust u again! U are really crocodile land..! I don’t want u to play-play my liver. I have been crying until no eye water. I don’t want banana fruit 2 times. Safe walk :-p


lawak 6:

BETUL KE?
                         
                           
                              
                               
                               
                               
Situasi ini berlaku di dalam kelas
Guru: Anand! simbol sains bagi oksigen apa?.
Anand: O2 cikgu.
Guru: Bagus.
Guru:Fendi! simbol sains bagi air apa?.
Fendi: h,i,j,k,l,m,n,o cikgu.
Guru:???????.
(Simbol sains utk air ialah H2O) bengap tol dak ni


lawak 7:

Petua untuk disayangi
                         
                           
                              
                               
                               
                              
Ambil sebiji buah pinang, baca selawat 3 kali, kemudian baling pada orang tersayang, untuk lebih mujarab, gunakan buah durian..selamat mencuba..


lawak 8:

BOS PALING KEDEKUT DI MALAYSIA
                         
                            

CERITA NI BOLEH DIKATAKAN LAWAK JUGALAH,UTK PENGETAHUAN SEMUA,ADA SATU BOS…PALING KEDEKUTLAH MCM FILEM P.RAMLI HAJI BAHKIL.
DRIVER 1:BOS HANG OK TAK..HANG NAK TAU BOS AKU BAGI 2RGT UTK AKU BUKA POSA ADA KA PATUT,KEDEKUT TAIK IDONG MASIN,BOS HANG BAGI HANG BERAPA….
DRIVER 2:ITU KIRA OKLAH BAGI HANG 2RGT HANG TAHU BOS AKU,ADA KA PTUT DIA SURUH AKU BUKA POSA KAT UMAH,INI BUKAN KEDEKUT TAIK IDONG MASIN,TAK TAU APA AKU NAK PANGGIL DAH,HARAP GAJI JE TINGGI TAPI SATU SEN PUN TAKUT NAK GI,BAWA MASUK LOKANG KANG,BARU PUTIH MUKA PUCAT…KAH…KAH…KAH..
DRIVER 1:HOS…BOS HANG LAGI KEJAM…MESTI TAIK IDONG DIA LAGI MASIN…KAH…KAH…KAH..


lawak 9:

telur
                         
                           
                              
                               
                               
                               
Suatu pagi si isteri menyediakan sarapan untuk si suami.Dua keping roti, segelas susu dan dua telur rebus separuh masak…
Suami: Ehhh..Salah ni..Aku tak nak, aku nak telur goreng.
Isteri: Semalam abang kata nak telur rebus.
Suami: Itu semalam..sekarang aku nak telur goreng,cepat.Lain kali aku nak telur goreng,faham…!!!
Tanpa banyak kerenah si isteri pun menggoreng 2 biji telur goreng.
Esoknya….
Suami:Apa ni salah lagi, aku nak telur rebus…..
Isteri:Tapi..
Suami:Takda tapi-tapi.Aku nak telur rebus sekarang….
Suatu pagi yang lain pulak….
Oleh kerana dua kali tersalah, si isteri membuat keputusan tak nak kesalahan berulang lagi. Sebiji digoreng dan sebiji lagi direbusnya. Seperti biasa si suami duduk dimeja makan..
Suami: Asyik buat salah aje…Berapa kali nak cakap….Yang digoreng ni sepatutnya kau rebus, dan yang direbus ni plak sepatutnya digoreng…Itu pun tak paham-paham lagi ke..????
Isteri:…(Gila ke suami aku ni)….!!!!!


lawak 10:

durian
                         
                           
                              
                      

Pada satu petang salah seorang anggota tentera singah di kedai orang asli yang menjual durian pada mula nya orang asli itu bertanya kan anggota tentera.
o.asli>dari mana?
tentera>baru balik.
o.asli>baru ke kat c ni?
tentera>ya
o.asli>bangsa apa?
belum sempat menjawab tentera tersebut terus menanya kan harg buah yang nak di beli nya.
tentera>berapa selongok?
o.asli>sepe-sepe
lalu angota tentera itu menganguk kan kepala nya konon nya paham dan menawar harga durian tadi.
tentera>kasi kurang sikit lah!
o.asli>boleh! boleh. berapa?
tentera>pitu-pitu.
orang asli tu pun ternganga lalu bertanya.
o.asli>pitu-pitu tu berapa?
lalu tentera menjawab
Tentera>bagi tau dulu sepe-sepe tu berapa. haha…kelakar ar

okla sampai di sini sahaja yang dapat dr Vruz dapat mengarut kat cni haha
jadi renung2kanla selamat beramal…wasalam…!!!

di: serdang upm

ditulis pada; Hari selasa 15 April 2008

pada pukul bape?: 4:43 pm

April 9th, 2008

Makhluk ni sll berkeliaran di sekitar Selangor!!!

Posted by vruz-14 in Uncategorized

Rabu, 9 April, 2008 - Serdang

Makhluk yang aku maksudkan tu adalah vruz_14…yg sll berkeliaran sekitar Selangor…dan didapati telah berkeliaran dan menyebarkan vruz2 yg tidak dipastikan lagi…dikatakan makhluk ni telah merayau sekitar selangor tuk bjalan dan merayap tanpa mengira masa dan waktu..ni suke sgt bjalan xtau dok diam…pantang ada masa free pantang diajak mesti nak keluar…melarat jadinya..smpikan mak2 orang pn marah asik kuar ngn anak2 dieorang hehe…entahla…dieorang yg ajak…aku xpernah mugkiri janji,,, dan mesti kotakan…tadi pegi s.alam…pastu pegi lak puncak perdana…uitm..jumpe ngn kawan tgk anugerah skrin…ok gak best lak aku tgk…happening aja…mmg aku mnt bidang2 skrin dan perfileman…Tahniah kepada short flm Karma…kerana menang anugerah terbaik dan bawa msj yg berguna kepada kite…so nasihat Dr Vruz_14 hari ni harap kite jgnla kite tll ikotkan vruz kemarahan kite dan mengatasi akal fikiran kita…cite karma tu bagus msj die…xmau kite tll cepat marah, atau amuk…sabarla pasti ada jalan tok btolkan sume keadaan…kalau marah xkan kemana pn…apapun aku epi kuar arini…mmg aku makhluk yg suke berkeliaran tu…gler jauh tol aku bjalan sampai kat puncak perdana…dats my happening day…thanks to TAS, Syahir, AIN, anis dan syamir kerana sudi temankan aku,,,oh yeah gud 9ite…sampai di sini saje dr vruz_14 nak ngarot haha…terubat jugak kedukaan aku…I LOVE MY WORLD AND MY EVERYTIN…HUHU

April 8th, 2008

Makhluk Tuhan yg Paling Sexy…fuhlamak…ayat power tol…

Posted by vruz-14 in Music


Mulankwok17bd5_5

Artist : Mulan Jameela
Title :  Makhluk Tuhan Paling Sexy

otakmu sexy itu terbukti
dari caramu memikirkan aku
matamu sexy itu terbukti
dari caramu menatap aku

Ah… ku seperti ada di dalam penjara cinta mu
bibirmu sexy itu terbukti
dari caramu cium pipiku
bibirmu sexy itu terbukti
dari caramu sebut namaku

Ah… ku seperti ada di dalam penjara cinta mu

Chorus:
kamulah makhluk Tuhan
yang tercipta yang paling sexy
cuma kamu yang bisa
membuatku terus menjerit
Auw, auw, auw… ah, ah, ah
Auw, auw, auw… ih, ih, ih,

hatimu sexy itu terbukti
dari caramu memeluk hatiku
jantungmu sexy itu terbukti
dari caramu cemburu padaku

Ah… ku seperti ada di dalam penjara cinta mu

kamulah makhluk Tuhan paling sexy
yang paling sexy… sexy sekali

April 7th, 2008

Ujang dan Gila2

Posted by vruz-14 in Books

Isnin, 7 April 2008

Haha…ape nak cite eh…sambil menghadap komik ujang ngn gila2
okla diari aku mcm biasa arini…nak cite yang aku merayap je arini pas exam avionics…haha…mcm best je dgr…tp biasa aja…k la nak dimulakan cite…aku merayau kat PWTC ada book fair kat sane…mane xnyer…jnj nak jumpe ngn adik sedara aku…yuhanis…wooo…biar btol…die ada rombongan skola kat situ…so die soh aku cari die…kenala pegi…tp jenuh aku merayau mencari die kat sane…ke sana ke sini pn xjumpe gak…last2 die ada kat gila2 korner…siap lukis potret…bukan main lagi adik aku sorang ni hehe…cun lak…aku pn ingat nak nyorok2 tp die perasan gak aku dah nampak die…tp dah borak2 mmg gler2 sakan la…kelakar gak die ni…boleh jadi member aku la…kamching ma…tp bapak die ni garang gler wo…siap bwak parang kalau aku dkt ngn anak die haha…lawak tol…konservatif sgt…tp part yg xleh blah…ada ke beli majalah…orang beli buku akademik ke…bahan ilmiah ke…ni majalah ujang ngn gila2…hampeh tol!!!xpela yg penting aku hepi arini…dan thnks to YUHANIS make me feel so happy today…miss her smile…tu yang majalah ni ada kat dpn mata aku ni…k la 2 jela nak aku cite hari ni…so apepun study masih perlu diteruskan kalau ngntok sgt luu tidor la dulu…k bye!!!

April 6th, 2008

Lepaskan Aku…Biarlah Aku!!!

Posted by vruz-14 in Uncategorized

LEPASKAN AKU
- HUJAN

Mulai saat ini…
Aku kan ubah pendirian,
Walau ramai akhir sendirian,

Jangan difikir fasal aku…
Teruskan saja dengan hidupmu,
Hadirmu mungkin tidak membantu,

Pasangan tak sentiasa indah,
Mesti ada perang yang kau redah,
Aku laki-2 takkan rebah,

Ku tak mahu beterus terang,
Risaukan kemuncak amarah ku,
Maki hamun berasing tak tentu…

Lepaskan
aku,
Lupakan aku,
Aku hanya ingin sendirian,
Tak pernah ku rasakan,
Atas nama tekanan…

 

Next Page »